Buy
MYR 30.00
1
CNKQQDXP
BOOKS
PRE-LOVED ITEM

Melukis puisi adalah sebuah usaha rentas bidang di antara seni visual dengan seni puisi. Sejumlah tiga puluh satu seniman kontemporari Malaysia pelbagai usia, daripada seniman muda hinggalah seniman utama, diberikan tanggungjawab untuk mencipta sebuah karya visual berdasarkan intepretasi mereka terhadap puisi-puisi Pyanhabib Rahman yang diangkat daripada buku antologi sajak beliau berjudul Balada Pyanhabib terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Projek ini juga merupakan sebuah penghargaan kepada Pyanhabib Rahman, seorang tokoh penyair terkenal tanah air yang amat mencintai bidang yang diceburinya selama lebih empat dekad itu. Anak Alam, sangat dikenali sebagai seorang seniman yang aktif dan agresif menyuarakan pandangan serta komentar terhadap kepincangan sosial, politik, budaya dan persekitaran dengan nada-nada yang tegas namun sinikal.
Merpati Jingga
Visit Shop
Buy
⚡️ Powered by ORDERING.MY 🚀